KURSUS  PENYEDIAAN  & PEMBUATAN MAKANAN

TASK JAMUAN UNTUK KURSUS PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN


No comments:

SESI LATIHAN BERSAMA CHEF JEMPUTAN BERSAMA PESERTA KURSUS DAN GURU


No comments:

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


No comments:
Home
Subscribe to: Comments (Atom)

KERJAYAAN PERTANDINGAN MASAKAN YANG DISERTAI PADA 2013

KERJAYAAN PERTANDINGAN MASAKAN YANG DISERTAI PADA 2013

KEJAYAAN PERTANDINGAN MASAKAN YANG DISERTAI PADA 2012

KEJAYAAN PERTANDINGAN MASAKAN YANG DISERTAI PADA 2012

PENGENALAN KURSUS FOOD PREPARATION AND PRODUCTION (PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN)

Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan merupakan kursus yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada calon yang terampil dalam semua competency mengikut NOSS yang telah dibekalkan. Di SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor, kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan merupakan salah satu matapelajaran pilihan jurusan vokasional yang ditawarkan kepada murid kategori bermasalah pembelajaran.

Kerjaya dalam industri penyediaan dan pembuatan makanan adalah seperti bekerja sebagai chef di hotel 4 atau 5 bintang atau di resort, membuka restoran sendiri, perniagaan katering, perunding operasi dapur hotel atau hypermarket atau resort, melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku, pensyarah di pusat latihan dan chef selebriti.

VISI

Melahirkan murid yang berkemahiran dan berketerampilan dalam bidang kerjaya penyediaan dan pembuatan makanan serta dapat hidup berdikari.

MISI

Menyediakan perkakas dan peralatan serta bahan yang lengkap, dan selamat digunakan.

Meningkatkan pengetahuan murid dalam ilmu penyediaan makanan secara teori amnya dan praktikal khususnya.

Menyediakan dan melatih murid berkemahiran dalam bidang penyediaan makanan yang berketerampilan agar mampu bekerja dan berdikari serta mengamalkan konsep kebersihan dan keselamatan terhadap diri sendiri, rakan dan kawasan kerja.

Murid dapat melakukan sendiri proses penyediaan makanan dengan sempurna.

Dapat menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang penyedia dan pembuat makanan dalam diri setiap murid.

RESEPI AYAM MASAK MERAH V’RASA

RESEPI AYAM MASAK MERAH V’RASA

RESEPI AYAM MASAK MERAH V’RASA

BAHAN-BAHANNYA

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)

2 sudu besar cili kisar

3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)

1 batang serai

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

1/2 biji tomato

1/2 cawan kacang peas

Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA MEMASAK

Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.


Kisar bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, setelah naik bau, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.


Masukkan serai yang telah dititik, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, masukkan sos cili.


Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

Translate

TENAGA PENGAJAR

1. Nur Hufaidah binti Mohd. Najamudin

2. Fadillah binti Mohamad

3. Norzaina binti Rasit

4. Mardhiah binti Zainal Abidin

5. Zulyanei binti Badoldin

6. Nor Azliza binti Daud

TRIFLE AURA ISTANA

TRIFLE AURA ISTANA

RESEPI TRIFLE AURA ISTANA

BAHAN-BAHANNYA

1 gulung kek

¼ sudu besar tepung kastard -A

1 tin susu cair-A

5 sudu besar gula pasir-A

1 pek jelly crystal-A

1 tin koktail buah-buahan

Sedikit whipping cream

Sedikit strawberi untuk hiasan.

1. CARA MEMBUAT

1. Hiris kek dan susun dalam bekas

2. Gaulkan bahan A dan masak hingga agak pekat.

3. Tuangkan adunan tersebut ke atas kek yang telah disusun tadi.

4. Taburkan buah-buahan koktail di atasnya.

5. Masak jelly crystal mengikut arahan yang diberikan.

6. Tuangkan ia ke atas buah-buahan koktail.

7. Simpan sejuk dan boleh dihidangkan.

Feeds

PENAFIAN :

Pihak Pentadbir Laman Web SMPK Vokasional Indahpura tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau memuaturun maklumat dari laman web ini. Harap Maklum

HAK CIPTA TERPELIHARA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA 2008-2014



Watermark theme. Theme images by kamisoka. Powered by Blogger.